fbpx

1,100 keluarga India terima sumbangan sempena Deepavali

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
YSIJ sumbang bakul makanan kepada keluarga masyarakat India sempena Deepavali. - Foto Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar

PETALING JAYA – Seramai 1,100 keluarga masyarakat India di Mukim Sungai Tiram dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Skudai, Johor menerima sumbangan bakul makanan daripada Yayasan Sultan Ibrahim Johor (YSIJ) sempena sambutan Deepavali yang bakal menjelang tidak lama lagi.

Menerusi hantaran Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar, sebanyak 1,000 bakul makanan disumbangkan semalam, manakala 100 bakul makanan diserahkan kepada komuniti India hari ini.

YSIJ menyumbang 1,000 bakul makanan kepada komuniti India melalui Yayasan Sultanah Rogayah (YSR) semalam, disampaikan oleh Pemegang Amanah Urusan YSIJ, Datuk Avinderjit Singh, kepada Ahli Lembaga Pengarah YSR,
Datuk Dr. Subrahmanyam Balan.

Dr. Subrahmanyam menzahirkan penghargaan kepada YSIJ di atas sumbangan berkenaan.

“Sumbangan ini membuktikan YSIJ sentiasa menyalurkan bantuan tidak mengira agama dan bangsa.

“Saya juga berharap lebih banyak kerjasama yang akan terjalin bersama YSIJ dalam membantu rakyat kurang berkemampuan,” katanya kepada Royal Press Office (RPO).

Turut hadir ialah Ketua Pegawai Eksekutif YSIJ L, Mohd. Anizam Jamian, serta Ahli Lembaga Pengarah YSR yang lain pada majlis diadakan di Kompleks Penghulu Mukim Sungai Tiram, Johor Bahru.

Pada hari ini pula, 100 bakul makanan disumbangkan kepada komuniti India di DUN Skudai yang mana ia diserahkan oleh Pengurus Kanan YSIJ, Shah Reza Md. Kanafe kepada ADUN Skudai, Marina Ibrahim.

Majlis berlangsung di Padang Taman Nesa Skudai itu turut dihadiri 100 penerima sumbangan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI