fbpx

6,600 sertai International Songket Run 4.0 MSU

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tengku Permaisuri Norashikin berkenan bergambar bersama peserta ISR 4.0 di Management and Science University (MSU) di sini, hari ini. Turut sama, Presiden MSU, Prof Tan Sri Dr Mohd Shukri Ab Yajid (enam kanan). FOTO FARIZ RUSADIO/ KOSMO!

SHAH ALAM – Seramai 6,600 peserta menyertai larian santai dalam International Songket Run 4.0 anjuran Management and Science University (MSU) di sini, hari ini.

Acara edisi kali ke-4 larian tersebut disempurnakan oleh Tengku Permaisuri Selangor, Tengku Permaisuri Norashikin selaku penaung International Songket Run 4.0.

Presiden MSU, Prof. Tan Sri Dr. Mohd. Shukri Ab. Yajid berkata, inisiatif larian bertujuan untuk memberikan pendedahan kepada warga MSU dan komuniti berkenaan kepentingan menghargai warisan songket dariaspek busana, kraftangan dan kebudayaan.

Katanya, program tersebut telah mencipta sejarah tersendiri apabila mendapat pengiktirafan Malaysia Book Of Records melalui ‘Penyertaan terbesar dalam acara larian songket’ pada 2019 dan ‘Penyertaan terbesar peserta memakai atau mempunyai elemen songket’ pada 2018.

“Peserta bukan hanya menyahut cabaran larian, tetapi turut tampil anggun dan unik dengan mengenakan busana tradisional songket yang memaparkan pelbagai motif indah melambangkan keunikan warisan budaya,” katanya hari ini.

Dalam pada itu, beliau memaklumkan MSU terus cemerlang di peringkat global apabila berada pada kedudukan 580 dalam QS World University Ranking 2025 serta 801-1000 dalam Times Higher Education World University Ranking 2025.

“Malah, MSU diiktiraf Talentbank dengan enam bintang untuk Employer’s Choice or Universities 2024 dan mencatatkan 99 peratus kadar kebolehpasaran graduan mengikut kajian KPT Tracer Study 2021-2022 serta diiktiraf sebagai Malaysia’s Best University (Pengajian TVET) 2023, ” jelasnya. – KOSMO!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI