fbpx

[VIDEO] Lelaki pandu Proton Wira melulu rupanya positif dadah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar video tular sebuah kereta Proton Wira dipandu secara melulu dan merbahaya di sekitar George Town, baru-baru ini.

GEORGE TOWN – Lagak samseng seorang pemandu kereta jenis Proton Wira yang memandu secara melulu dan berbahaya di sekitar pusat bandar ini sehingga tular di media sosial akhirnya sudah masuk perangkap polis, Khamis lalu.

Lelaki tempatan berusia 39 tahun itu ditahan sepasukan polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah Timur Laut (IPD TL) di Jalan Dato Keramat, kira-kira pukul 7.30 malam.

Pemangku Ketua Polis Daerah Timur Laut, Superitendan Lee Swee Sake berkata, pihaknya telah terkesan dengan satu video yang memaparkan sebuah kenderaan dipandu secara berbahaya sehingga menarik perhatian umum semalam.

“Semakan pihak polis mendapati kejadian ini berlaku pada 12 September lalu, kira-kira pukul 6.18 petang di Jalan Dato Keramat dan Lebuh Chulia, di sini.

“Pemandu kenderaan tersebut merupakan seorang lelaki warga tempatan dan berasal dari Ayer Itam telahpun ditangkap berhubung kes berkenaan pada 17 Oktober lalu,” katanya di sini hari ini.

Dalam pada itu katanya lagi, ujian awal saringan air kencing terhadap lelaki terbabit mendapati dia positif dadah jenis methamphetamine dan amphetamine selain mempunyai 12 rekod pelbagai kesalahan jenayah dan narkotik.

Jelasnya, kes tersebut disiasat di bawah Seksyen 42(1), Akta Pengangkutan Jalan 1987 (memandu secara melulu dan membahayakan) dan Seksyen 427 Kanun Keseksaan (khianat) kerana telah memecahkan cermin sebuah kenderaan menggunakan tangan.

“Kes ini bersangkut satu lagi kes jenayah berasingan yang dilaporkan pada 17 Oktober lalu. Suspek kini dalam tahanan reman sehingga 20 Oktober untuk siasatan lanjut,” katanya. –  KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI