fbpx

Pekerja tak ‘perform’, tak layak terima gaji minimum RM1,700 sebulan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PETALING JAYA – Rata-rata majikan berpandangan bahawa mana-mana pekerja yang gagal menunjukkan prestasi terbaik sepanjang perkhidmatan, adalah tidak layak untuk diberikan gaji minimum RM1,700 sebulan.

Tinjauan Kosmo! di Facebook mendapati, ramai golongan majikan bersetuju untuk menaikkan gaji pekerja dengan syarat mereka mampu memberi ‘pulangan’ kepada syarikat.

“Kami sebagai majikan sambut baik cadangan kerajaan tetapkan gaji minimum pada paras RM1,700 sebulan. Bagi pekerja yang layak itu adalah bonus buat mereka. Tetapi untuk pekerja yang sekadar tunjuk muka, rasanya mereka tidak layak untuk merasai kenaikan gaji tersebut,” kata Fatimah.

“Aduhai…kalau pekerja ‘perform’ memang syukur, tapi bila sebaliknya hanya majikan sahaja tahu peritnya menanggung kerugian (pekerja naik gaji). Tapi hidup mesti diteruskan, percaya pada rezeki,” kata Ain Othman.

“Buktikan anda layak dulu untuk terima kenaikan gaji. Kalau semua benda majikan kena suruh, rasanya lambat lagi nak merasa kenaikan gaji seperti dicadang kerajaan,” ujar Zack Mash.

Terdahulu, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim memberitahu, kerajaan bersetuju menaikkan kadar gaji minimum daripada RM1,500 kepada RM1,700 berkuat kuasa mulai Februari tahun depan.

Menurut Anwar, keputusan itu bagi menstruktur ekonomi negara terutama dalam memastikan rakyat meraih gaji dan upah yang bermakna.

“Kerajaan juga memutuskan penangguhan kuat kuasa gaji minimum RM1,700 sebulan membabitkan majikan yang mempunyai kurang daripada lima pekerja bagi tempoh enam bulan iaitu berkuat kuasa pada 1 Ogos 2025,” jelasnya ketika membacakan Rang Undang-Undang Perbekalan (2025) Belanjawan 2025 di Dewan Rakyat semalam. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI