fbpx

Penyasaran subsidi pendidikan bukan diskriminasi – Zambry

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Zambry.

LUMUT – Kerajaan akan memastikan penyasaran subsidi pendidikan kumpulan berpendapatan 15 peratus ke atas, tidak akan bersifat diskriminasi atau membebankan kumpulan sasaran tersebut.

Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Dr. Zambry Abd. Kadir, berkata sebaliknya ia akan dilaksanakan mengikut kaedah segmentasi atau pembahagian kumpulan berdasarkan pendapatan atau keperluan tertentu.

“Mekanisme pelaksanaan dan pendekatan itu akan kita umumkan (nanti), khususnya mereka yang berpendapatan tinggi yang dari segi amalannya sewajarnya tidak memperolehi perkhidmatan (subsidi) sampai ke tahap yang begitu.

“Namun, kita juga membuat perkiraan-perkiraan (seperti) khususnya tentang bilangan ahli keluarga dan juga daripada segi tahap pendapatannya (isirumah),” katanya ketika ditemui pemberita selepas merasmikan Program Khidmat Masyarakat ‘Mari Berjumpa Pakar Kesihatan’ di Batu 10, Lekir, dekat sini hari ini.

Semalam, ketika membentangkan Belanjawan 2025, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim memaklumkan kerajaan akan mengurangkan subsidi pendidikan secara berperingkat bagi kumpulan pendapatan 15 peratus teratas.

Zambry menjelaskan, kaedah segmentasi itu dilakukan kerana Perdana Menteri ada mengingatkan agar kerajaan tidak melaksanakan satu dasar yang akhirnya dilaksanakan kepada semua tanpa mengambil kira latar belakang terhadap pihak yang disasarkan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI