fbpx

Fenomena air pasang: Kampung Besar dinaiki air lagi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ANGGOTA APM memantau rumah yang terjejas akibat air pasang besar di Kampung Besar, Bandar Baharu.

BANDAR BAHARU – Kira-kira 100 penduduk daripada 25 keluarga di Kampung Besar di Mukim Bagan Samak, di sini sekali lagi dilanda air pasang besar menyebabkan kawasan itu terjejas akibat banjir kilat.

Kejadian pertama air pasang besar itu berlaku pada pukul 4.35 pagi kelmarin dan kali kedua terjadi pada pukul 5.20 pagi tadi.

Pegawai Pertahanan Awam Daerah Bandar Baharu, Leftenan (PA) Abdul Rahim Khairuddin berkata, faktor kejadian adalah disebabkan air pasang besar di sungai utama yang berhampiran iaitu Sungai Kerian.

“Bagaimanapun air kemudian surut secara perlahan-lahan, selain dua pam air milik Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) yang digunakan untuk menyedut limpahan air berfungsi dengan baik.

“Namun, tiga keluarga kemudian dipindahkan ke rumah saudara-mara terdekat mereka atas faktor keselamatan,” katanya di sini, hari ini.

Abdul Rahim berkata, cuaca ketika ini cerah dan pemantauan akan dilakukan dari semasa ke semasa.

Khamis lalu, seramai 100 penduduk tersebut terjejas apabila rumah mereka dilanda banjir akibat air pasang besar ekoran limpahan Sungai Kerian, namun tiada pusat pemindahan sementara (PPS) dibuka.

Semalam, fenomena air pasang besar turut menyebabkan beberapa kawasan di Kuala Kedah, dekat sini turut dinaiki air.

Tinjauan dilakukan mendapati antara kawasan dinaiki air termasuklah Pekan Kuala Kedah, Jeti Kuala Kedah, Jeti Nelayan Seberang Kota serta beberapa kawasan perumahan antaranya Taman Seri Putra dan Taman Seri Pantai. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI