fbpx

Wanita buat kecoh di stesen minyak ditahan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar video tular seorang wanita membuat kecoh selepas enggan mengalihkan kenderaan di sebuah stesen minyak di Hillpark Saujana Utama, Sungai Buloh, kelmarin.

SUNGAI BULOH – Wanita yang membuat kecoh selepas enggan mengalihkan kenderaan miliknya di sebuah stesen minyak, Hillpark Saujana Utama, di sini, telah ditahan polis, hari ini.
Tangkapan pada pukul 3.40 pagi tadi dibuat ketika suspek berada di Balai Polis Saujana Utama, di sini.

Ketua Polis Daerah Sungai Buloh, Superintenden Mohd Hafiz Muhammad Nor berkata, siasatan lanjut sedang dijalankan pihaknya terhadap wanita berusia 42 tahun itu.

“Tangkapan telah dilakukan dan akan dimaklumkan perkembangan setelah dokumentasi serta prosedur siasatan selesai,” katanya ringkas, hari ini.

Semalam, polis mengesahkan menerima laporan kejadian tular membabitkan seorang wanita membuat kecoh selepas enggan mengalihkan kenderaannya di sebuah stesen minyak.

Kejadian pada pukul 7.50 malam, kelmarin itu berlaku ketika wanita tersebut tiba di lokasi menaiki sebuah kereta sebelum meletakkannya di belakang kenderaan lain.

Tindakan itu menyebabkan kenderaan lain gagal untuk keluar.

Pada masa sama, pelanggan lain di lokasi turut meminta wanita itu mengalihkan kenderaan namun dimarahi dan diserang dengan menggunakan sebatang buluh.

Dua kertas siasatan dibuka di bawah Seksyen 506 Kanun Keseksaan dan Seksyen 14 Akta Kesalahan Kecil 1955. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI