fbpx

Sempat sembunyi di Thailand sebulan sebelum ditahan polis

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Suspek lelaki yang ditahan selepas didapati melarikan diri dan bersembunyi di Danok, Thailand.

KUALA LUMPUR – Cubaan seorang lelaki tempatan yang terbabit kes jenayah melarikan diri dan bersembunyi di Dannok, Thailand menemui jalan buntu apabiladia ditahan polis, Isnin lalu.

Suspek berusia 32 tahun itu difahamkan memasuki Thailand melalui Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan (ICQS) Bukit Kayu Hitam, pada 11 Oktober lalu.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain berkata, tangkapan dilakukan hasil kerjasama antara PDRM dengan pihak berkuasa Thailand selepas mengesan suspek bersembunyi di sebuah hotel.

Katanya, maklumat telah diterima Unit Risikan Sempadan (URS) Zon Utara daripada Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor berkaitan suspek bersabit siasatan Seksyen 324 Kanun Keseksaan telah melarikan diri dan bersembunyi di Thailand.

“Suspek masuk dengan menaiki kereta Perodua Myvi warna kelabu bersama seorang lelaki dan wanita dan menginap di sebuah hotel di Dannok, Thailand.

“Maklumat yang diperolehi kemudian disalurkan kepada pihak berkuasa Thailand untuk menahan dan mengusir suspek keluar dari negara itu berdasarkan rekod orang dikehendaki ke atasnya,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Kata beliau, hasil kerjasama URS Zon Utara dan pihak berkuasa Thailand, suspek ditahan di hadapan sebuah kedai di pekan Dannok pada pukul 6.30 petang.

“Suspek kemudian diusir keluar ke Malaysia setelah selesai dokumentasi oleh pihak berkuasa Thailand.

“Pasukan Balai Polis ICQS Bukit Kayu Hitam kemudian menahan dan menangkap suspek di pintu sempadan ICQS sebelum ditahan di balai sementara menunggu Pasukan JSJ IPK Selangor sampai untuk tindakan lanjut,” jelasnya. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI