fbpx

Pegawai ‘gomen’ atur kemasukan warga asing di LTAPP direman

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Dua pegawai penguat kuasa ketika dibawa ke Mahkamah Majistret George Town, pagi tadi. Foto oleh IQBAL HAMDAN/ KOSMO!

GEORGE TOWN – Dua pegawai agensi penguat kuasa direman selama tiga hari oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) selepas dipercayai terbabit mengatur kemasukan warga asing menerusi laluan kaunter khas di Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang (LTAPP) di sini.

Perintah reman tersebut dikeluarkan Majistret Muhamad Qayyum Noordin di Mahkamah Majistret di sini, pagi tadi.

Kedua-dua individu terbabit tiba di pekarangan mahkamah dengan mengenakan pakaian lokap SPRM berwarna jingga dalam keadaan kedua-dua tangan bergari, kira-kira pukul 10 pagi.

Siasatan terhadap kedua-dua tangkapan itu akan dijalankan mengikut Seksyen 16(a)(A) Akta SPRM 2009.

Terdahulu, Kosmo! melaporkan dua pegawai agensi penguat kuasa terdiri lelaki dan wanita ditahan antara pukul 12.30 hingga 1.30 tengah hari semalam ketika hadir di Pejabat SPRM Pulau Pinang bagi dirakamkan keterangan.

Penahanan kedua-dua pegawai terbabit adalah susulan tangkapan membabitkan seorang lelaki warga Bangladesh di sebuah hotel di sekitar negeri ini kira-kira pukul 9 malam kelmarin.

Mereka dipercayai telah bersekongkol dengan lelaki warga Bangladesh berkenaan yang bertindak sebagai ejen bagi mengatur laluan masuk seorang warga Indonesia tanpa melalui pemeriksaan sepatutnya.

Kelmarin, lelaki warga Bangladesh terlebih dahulu ditahan SPRM Pulau Pinang selepas disyaki menerima wang kira-kira RM2,000 daripada seorang wanita warga Indonesia berkenaan. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI