fbpx

Langkawi, KL, Johor Bahru bergelap tanda nak hujan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir susulan jangkaan hujan lebat berserta angin kencang di kebanyakan kawasan ketika ini termasuklah di Sabah dan Sarawak.

MetMalaysia menerusi laporan cuaca di Facebook memaklumkan, cuaca buruk menjelang tengah hari ini tertumpu sekitar negeri Perlis, Kedah (Langkawi, Kubang Pasu dan Kota Setar) dan Selangor (Gombak dan Petaling).

“Hujan lebat serta ribut petir dan angin kencang turut berisiko melanda Kuala Lumpur dan beberapa daerah di selatan Semenanjung.

“Kawasan tersebut adalah Negeri Sembilan (Tampin), Melaka (Alor Gajah) serta Johor (Pontian, Kulai, Kota Tinggi dan Johor Bahru),” katanya.

Sementara itu, tinjauan Kosmo! di sekitar Kuala Lumpur juga mendapati keadaan langit ketika ini gelap dan kedengaran bunyi guruh beberapa kali menandakan bakal dilanda hujan lebat dalam tempoh terdekat.

“Di Sarawak seperti Miri (Subis, Beluru, Miri dan Marudi) dan Limbang dan beberapa bahagian negeri Sabah melibatkan Pedalaman (Kuala Penyu dan Beaufort), Pantai Barat (Putatan, Penampang, Kota Kinabalu dan Tuaran) dan Kudat (Kudat) turut dilanda cuaca buruk yang sama.

“Ia juga diramal melanda Labuan sehingga pukul 2 petang nanti,” jelas MetMalaysia. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI