fbpx

Belanjawan 2025 perkukuh kedudukan Johor selaku kuasa ekonomi – Onn Hafiz

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Onn Hafiz.

ISKANDAR PUTERI – Pembentangan Belanjawan 2025 oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim semalam akan mengukuhkan kedudukan Johor selaku kuasa ekonomi baharu di rantau ini.

Menteri Besar, Datuk Onn Hafiz Ghazi sehubungan itu berkata, insentif-insentif melibatkan Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura (JS-SEZ) dan Zon Kewangan Khas (SFZ) Forest City akan membantu mencapai matlamat tersebut.

“Inisiatif melibatkan JS-SEZ dan juga insentif menarik ditawarkan melalui SFZ Forest City akan memperkukuh lagi daya saing ekonomi Johor.

“Selain itu, kesinambungan pelaksanaan projek-projek pembangunan di Johor seperti pelebaran Lebuhraya Utara Selatan (PLUS), Hospital Sultanah Aminah 2 dan Rancangan Tebatan Banjir (RTB) akan beri manfaat secara langsung kepada kehidupan rakyat negeri ini,” katanya dalam satu kenyataan, di sini hari ini.

Tambah Onn Hafiz, pihaknya menyambut baik Belanjawan 2025 yang bertemakan Membugar Ekonomi, Menjana Perubahan, Mensejahtera Rakyat itu.

“Nantikan juga amanat saya dalam pembentangan Belanjawan Johor 2025 tidak lama lagi yang akan menyentuh pelbagai inisiatif, perancangan, bantuan dan pembangunan.

“Ini akan memberi manfaat serta keyakinan bahawa kerajaan negeri memandang serius tentang kepentingan rakyat. Insya-Allah,” jelasnya lanjut. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI