fbpx

Dia rakyat beta, beri keadilan kepadanya sekarang – Tengku Hassanal

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Hantaran yang dikongsikan di InstaStory Tengku Hassanal.

PETALING JAYA – Tengku Mahkota Pahang Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah sekali lagi menggesa keadilan ditegakkan untuk seorang pekerja pembinaan, Alias Awang yang didakwa diserang oleh kerabat diraja negeri itu.

“Dia (Alias) rakyat beta, beri keadilan kepadanya sekarang,” tulis Tengku Hassanal di InstaStory semalam.

Dalam perkongsian berbeza, Tengku Hassanal menambah, keadilan bukan sahaja perlu perlu dilakukan, tetapi ia juga mesti dilihat untuk dilakukan.

Tengku Hassanal bertitah, mereka yang memperjuangkan keadilan akan sentiasa menghadapi tentangan daripada pihak yang melakukan ketidakadilan.

“Akhirnya, mereka yang berdiri di pihak kebenaran akan sentiasa menang, manakala mereka yang berada di pihak yang salah akan jatuh,” titah baginda.

Terdahulu, Tengku Hassanal menerusi kenyataan dikeluarkan Istana Abdulaziz meminta supaya pihak polis menjalankan siasatan penuh, telus serta adil terhadap dakwaan seorang lelaki yang mengatakan dia telah dipukul oleh kerabat diraja Pahang bersama sekumpulan lelaki menggunakan senjata tajam dan pistol.

Sebelum ini, Alias meluahkan kekecewaan apabila belum ada tindakan daripada pihak berkuasa berhubung kes yang dilaporkannya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI