fbpx

Ferrari F1 Schumacher akan dilelong lebih RM64 juta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SCHUMACHER (kiri) dan jentera FI yang akan dilelong. - Foto Getty Images/Jam Press/Michael Furman Courtes

NEW YORK  –  Sebuah jentera perlumbaan Ferrari milik legenda sukan Formula Satu (F1), Michael Schumacher dijangka mencatatkan harga lebih AS$15 juta (RM64.56 juta)  dalam lelongan pada bulan depan, lapor portal beita Daily Mirror semalam.

Pelumba Jerman itu merupakan pemandu F1 paling berjaya sepanjang zaman dan  memenangi tujuh gelaran dunia. 

Jentera Ferrari 248 F1 2006 yang digunakan buat kali terakhir oleh Schumacher itu akan dilelong pada November ini oleh firma Sotheby’s.

Pada 29 Disember 2013, bekas juara dunia itu yang bermain ski di Meribel, Perancis terjatuh dan kepalanya terhantuk pada batu.

Walaupun tahap kecederaan sepenuhnya tidak pernah didedahkan kepada umum, kemalangan itu menandakan berakhirnya kerjaya Schumacher secara mendadak. Dia hidup dalam keadaan penuh rahsia selepas itu.

Jentera F1 yang akan dilelong itu pula  akan dipamerkan di New York dari  8 hingga 20 November ini.

Ia dibeli terus daripada  Ferrari oleh seorang pengumpul dan disimpan dalam koleksinya.

“Dalam dunia sukan permotoran, nama Michael Schumacher digunakan untuk mentakrifkan kemuncak perlumbaan sinonim dengan kehebatannya”, kata Ketua Jualan Persendirian RM Sotheby’s, Shelby Myers kepada laman web Motor Sports News Wire. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI