fbpx

[VIDEO] Baling banjir lagi, air sungai melimpah deras ke rumah penduduk

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Salah sebuah rumah di Kampung Haji Abas di Baling yang terjejas teruk dalam kejadian banjir, hari ini.

BALING – Sekurang-kurangnya lapan kampung di sini kembali dilanda banjir berikutan hujan lebat sejak awal pagi ini.

Antara kampung terjejas adalah Kampung Haji Abas, Kampung Kuala Kedua, Kampung Banggol Derom, Kampung Tanjung Merbau dan Lubuk Pedati.

Dua pusat pemindahan sementara (PPS) dibuka di Sekolah Kebangsaan (SK) Siong dan Dewan Tun Abdul Razak dengan jumlah mangsa sedang dalam bancian.

Pegawai Angkatan Pertahanan Awam (APM) Daerah Baling, Leftenan (PA) Mohd Faizol Ab. Aziz berkata, dua PPS dibuka dan dalam proses mendaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM). – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI