fbpx

Belanjawan 2025: Seyogia antara 12 perkataan sastera Anwar guna kali ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pembentangan Belanjawan 2025 di Parlimen hari ini. - Foto JPM

PETALING JAYA – Kira-kira 12 perkataan sastera digunakan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam pembentangan Belanjawan 2025 di Parlimen, hari ini.

Selain ketimbang bermaksud berbanding dan arakian bermaksud maka yang pernah digunakan ketika Belanjawan tahun lalu, seyogia dan membugar antara yang menarik perhatian kali ini.

Menurut Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), seyogia bermaksud sepatutnya manakala membugar bermaksud memulihkan atau memperbaharui.

Selain itu, Anwar turut menggunakan perkataan menghimbau yang membawa maksud menyeru sementara walhasil (kesimpulan), mencakup (merangkumi) dan dhamir (kata ganti nama orang atau pihak).

Pada masa sama, Anwar juga menyebut wewenang iaitu hak atau kuasa, kendatipun (meskipun), merekayasa (melaksanakan) termasuk musharakah (perkongsian).

Penggunaan istilah sastera dalam majlis formal dan tidak formal merupakan identiti Anwar yang mempunyai Sarjana Muda Pengajian Melayu pengkhususan Sastera di Universiti Malaya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI