fbpx

Belanjawan 2025: Duti eksais minuman bergula naik 40 sen seliter

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Kerajaan bercadang untuk menaikkan kadar duti eksais sebanyak 40 sen seliter bagi minuman bergula secara berfasa mulai 1 Januari 2025.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, ia berikutan Malaysia merupakan antara negara paling obes di rantau Asia Tenggara.

“Inisiaif tersebut adalh bagi menyokong gerakan ‘War on Sugar’ (perang ke atas gula),” katanya pada pembentangan Belanjawan 2025 di Parlimen Kuala Lumpur hari ini.

Anwar berkata, tambahan hasil yang diraih akan dimanfaatkan untuk menampung perbelanjaan kesihatan awam.

Katanya, ia meliputi penambahan bekalan ubat SGLT-2 inhibators bagi kegunaan rawatan diabetes.

“Selain itu, penyediaan rawatan dialisis Peritoneal untuk pesakit buah pinggang tahap akhir kepada lebih banyak pesakit,” jelasnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI