fbpx

Korea Utara akan hantar 12,000 askar ke Russia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pemimpin utama Korea Utara,Kim Jong-un melawat komando Kor Ke-2 Tentera Rakyat Korea di lokasi yang tidak didedahkan di Korea Utara kelmarin. - AFP

SEOUL – Korea Utara memutuskan untuk menghantar tentera berskala besar untuk menyokong Russia dalam peperangannya menentang Ukraine, lapor agensi berita Korea Selatan, Yonhap ketika memetik agensi perisik Seoul.

“Perkhidmatan Perisikan Kebangsaan (NIS) memberitahu bahawa Korea Utara baru-baru ini memutuskan untuk menghantar empat briged. Ia terdiri daripada 12,000 askar termasuk pasukan khas untuk berperang di Ukraine,” kata Yonhap.

“Pergerakan tentera Korea Utara telah pun bermula,” kata sumber NIS kepada Yonhap.

Presiden Ukraine, Volodymyr Zelensky berkata semalam bahawa beliau mempunyai laporan risikan yang menyebut Korea Utara sedang melatih 10,000 askar untuk menyokong Russia dalam memerangi Kyiv.

“Mereka sedang bersiap sedia di tanah mereka dengan 10,000 askar,” kata Zelensky selepas bertemu dengan menteri-menteri pertahanan Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO). – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI