fbpx

Belanjawan 2025: RM20 juta buat e-Sukan, kriket dapat RM1 juta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PASUKAN Selangor Red Giants meraikan kejayaan mereka menjuarai Piala Dunia e-Sukan di Riyadh pada Julai lalu. - ESPORTS WORLD CUP 2024

PETALING JAYA – Kerajaan mengiktiraf kejayaan Selangor Red Giants selepas dinobatkan sebagai juara Piala Dunia e-Sukan 2024 bagi permainan Mobile Legends Bang Bang (MLBB) di Riyadh, Arab Saudi pada Julai lalu.

Kejayaan itu memastikan kerajaan akan terus menyokong dengan menyediakan peruntukan berjumlah RM20 juta untuk memperkasa ekosistem dan pembangunan bakat serta menaik taraf arena e-Sukan ­tempatan.

Berita gembira itu di­umumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada pembenta­ngan Belanjawan 2025 Malaysia Madani di Parlimen sebentar tadi.

Turut mencuri tumpuan apabila kriket mendapat perhatian dengan peruntukan RM1 juta untuk pembangunan sukan itu.

“Berikutan sambutan hangat saat berkunjung ke India, Pakistan dan Bangladesh baru-baru ini, saya terpanggil untuk turut mengumumkan peruntukan RM1 juta kepada pembangunan sukan kriket,” kata Anwar.

Selain itu, kerajaan mencadangkan pengecualian cukai pendapatan ke atas hadiah kemenangan diterima atlet individu dan pasukan melalui Skim Hadiah Kemenangan Sukan yang diuruskan oleh Majlis Sukan ­Negara (MSN).

Selaras usaha menyokong Agenda Nasional Malaysia Sihat, kerajaan telah memperuntukkan RM27 juta bagi merancakkan lagi aktiviti sukan dan riadah rak­yat termasuk penganjuran Hari ­Sukan Negara.

Inisiatif itu bertujuan mempromosi gaya hidup sihat dan meningkatkan penglibatan masyarakat dalam aktiviti sukan di seluruh negara.

Dalam usaha berterusan untuk menjadikan rakyat Malaysia lebih aktif, kerajaan juga bercadang untuk memperluaskan pelepasan cukai bagi perbelanjaan peralatan dan aktiviti sukan kepada ibu bapa. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI