fbpx

Belanjawan 2025: KPM terima peruntukan tertinggi RM64.1 bilion, 44 sekolah baharu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PETALING JAYA – Kementerian Pendidikan diberi peruntukan RM64.1 bilion berbanding RM58.7 bilion tahun ini.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim memaklumkan peruntukan tersebut adalah yang tertinggi dalam
sejarah.

“Keutamaan saya kekal memastikan ruangan pembelajaran yang selesa, selamat dan bermakna untuk anak-anak menimba ilmu.

“RM2 bilion disediakan untuk projek naik taraf dan penyelenggaraan sekolah seluruh negara,” katanya.

Beliau berkata demikian pada pembentangan Belanjawan 2025 di Parlimen, Kuala Lumpur hari ini.

Tambah Anwar, sebanyak 44 sekolah baharu mula dibina pada tahun hadapan melibatkan Sekolah Kebangsaan (SK) Bandar Putra Indah, Batu Pahat, Johor dan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Bandar Seri Putra (2), Hulu Langat, Selangor.

“Selain itu, SMK Lok Kawi, Putatan, Sabah, SMK Semeling, Sungai Petani, Kedah dan SK Dudong, Sibu, Sarawak,: jelasnya.

Selain itu, Anwar berkata, bagi memastikan capaian internet di sekolah desa dan pedalaman, kerajaan bersetuju melaksanakan Program
Ketersambungan Infrastruktur Jalur Lebar Talian Tetap ke sekolah-sekolah luar bandar dengan peruntukan RM100 juta.

“Projek Point of Presence (POP) sedia ada juga diteruskan dengan peruntukan lebih RM800 juta,” ujarnya.

Bercerita lanjut, Anwar memberitahu, pada tahun 2025 sebanyak 17 jenis bantuan pendidikan terus disediakan dengan peruntukan RM5.3 bilion. – KOSMO! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI