fbpx

Belanjawan 2025: Bantuan warga emas naik RM600, keluarga miskin RM250, RM200

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GAMBAR HIASAN

PETALING JAYA – Kadar bantuan kebajikan bulanan kepada rakyat miskin akan ditingkatkan melibatkan Kadar Bantuan Warga Emas dan Kadar Bantuan Kanak-kanak Keluarga Miskin.

Ia susulan peningkatan peruntukan bantuan tunai di bawah Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) kepada RM2.9 bilion, berbanding RM2.4 bilion.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, sehubungan Kadar Bantuan Warga Emas dinaikkan kepada RM600 sebulan berbanding RM500 sebulan.

“Bagi Kadar Bantuan Kanak-kanak Keluarga Miskin pula turut dinaikkan daripada RM200 kepada RM250 seorang bagi anak berusia enam tahun dan ke bawah.

“Selain itu, daripada RM150 kepada RM200 seorang bagi anak lingkungan usia tujuh hingga 18 tahun dan seterusnya, tertakluk kepada kadar maksimum RM1,000 sekeluarga,” katanya pada pembentangan Belanjawan 2025 di Parlimen, Kuala Lumpur hari ini.

Beliau berkata, untuk Wilayah Persekutuan, Kadar Bantuan Am juga dinaikkan kepada RM150 berbanding RM100 dengan kadar maksimum sekeluarga sebanyak RM500 sebulan.

“Saya menyeru semua kerajaan negeri untuk turut menambah baik Kadar Bantuan Am Negeri,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI