PETALING JAYA – Individu bujang menerima RM600 menerusi Sumbangan Tunai Rahmah (STR).
Perkara itu dimaklumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika membentangkan Belanjawan 2025 di Parlimen, Kuala Lumpur hari ini.
Belanjawan 2025 bertemakan ‘Ekonomi Madani, Negara Makmur, Rakyat Sejahtera’ merupakan yang terakhir di bawah Rancangan Malaysia ke-12 (2021-2025) sebelum menginjak ke RMK13 bagi tempoh lima tahun akan datang. – KOSMO! ONLINE