fbpx

Peguam minta mangsa GISBH tampil tuntut keadilan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Salah sebuah rumah amal yang diserbu pihak berkuasa dalam Op Global di Selangor.

KUALA LUMPUR – Sebanyak 40 peguam daripada 24 firma guaman seluruh negara sedia memberi perkhidmatan percuma kepada semua mangsa GISBH Holdings (GISBH) yang berani tampil ke hadapan.

Peguamcara dan Peguambela, Ainur Rabiatuadawiyah Hassim berkata, gerakan tersebut akan diketuai oleh Mohd Akmal Arif Shamsul Kahar dari Tetuan Akmal Shamsul Kahar & Co dengan kerjasama aktivis Mona Din dan Caprice sejak Julai lalu.

“Tujuan pertama kita adalah mahu mengetengahkan suara mangsa yang mereka ceritakan kepada kami sebelum ini, kedua, kita mahu mangsa lain masih belum tampil ke hadapan dan berikan bantuan untuk membawa kes ke mahkamah sivil.

“Ketiga, kita mahu menangkis serangan dan fitnah yang telah dibuat orang ramai yang membela GISBH daripada terus melakukan perkara itu kepada mangsa, sebelum kes pendedahan GISBH, sudah ada mangsa tampil dan setakat ini kira-kira 10 mangsa sudah hubungi kami dengan menceritakan pengalaman mereka dan keluarga sepanjang hidup dengan GISBH.

“Semua mangsa akan diwakili peguam secara pro bono (percuma) jadi apabila mereka tampil ke hadapan kita akan bantu dan tiada kos dikenakan kerana ia sebahagian daripada bakti kepada masyarakat,” katanya dalam sidang akhbar hari ini.

Kata Ainur Rabiatuadawiyah, pihaknya akan menggunakan saluran undang-undang bagi memastikan mangsa mendapat hak untuk hidup sebagai manusia normal.

“Kita ada beberapa undang-undang akan digunakan yang paling utama adalah di bawah Akta Perlembagaan Persekutuan bagi mendapat hak untuk hidup, kebebasan bergerak.

Selain itu, kita akan gunakan Akta Kanak-Kanak 2012, Akta Kerja 1955 dan Akta Fitnah 1957 serta akta yang bersesuaian untuk membantu dan membela mereka kerana banyak undang-undang dilanggar GISBH. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI