fbpx

Belanjawan 2025 paling tinggi, cecah RM421 bilion

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Anggaran Belanjawan 2025 adalah yang tertinggi dengan peruntukan sebanyak RM421 bilion.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, ia meliputi RM335 bilion belanja mengurus, RM86 bilion belanja pembangunan, tidak termasuk RM2 bilion simpanan luar jangka.

“Kerajaan terus mengekalkan Belanjawan mengembang meskipun bertekad mengurangkan defisit fiskal secara berperingkat.

“Selain peruntukan pembangunan oleh kerajaan, projek secara usaha sama awam-swasta (PFI) bernilai RM9 bilion ringgit turut dilaksanakan,” katanya pada pembentangan Belanjawan 2025 di Parlimen, Kuala Lumpur hari ini.

Tambah Anwar, peruntukan itu juga termasuk pelaburan langsung domestik oleh syarikat pelaburan berkaitan kerajaan (GLIC) bernilai RM25 bilion.

“Ini menjadikan pelaburan awam untuk pembangunan 2025 berjumlah RM120 billion,” jelasnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI