fbpx

5 penyanyi wanita terkaya, bilionair dunia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
LIMA nama, Beyonce, Madonna, Rihanna, Taylor Swift dan Celine Dion disenaraikan Forbes sebagai bilionair sekali gus menjadi penyanyi wanita terkaya dunia.

DENGAN bermodalkan populariti dan pengaruh sebagai pemuzik, tidak menjadi satu perkara mustahil untuk seseorang itu bergelar jutawan atau lebih beruntung lagi jika mencapai tahap bilionair.

Sungguhpun begitu, ada dalam kalangan selebriti popular antarabangsa sudah tidak lagi bergantung terhadap kerjaya seni untuk mengecap kemewahan.

Sebagai contoh, Rihanna sudah mencapai status bilionair dan pendapatannya tidak sepenuhnya daripada muzik sebaliknya produk kecantikan milik, Fenty Beauty.

Majalah Forbes baru-baru ini mengeluarkan senarai pemuzik wanita paling kaya di dunia, sekali gus membuktikan kaum wanita juga diberi peluang sama rata mengumpul aset dan kekayaan.

BEYONCE

Kekayaan Beyonce dianggarkan berjumlah AS$760 juta (RM3 bilion) setakat Mei 2024 yang menyaksikan jumlah itu meningkat selepas beliau membuat keuntungan menerusi konsert jelajah dunia, Renaissance World Tour.

RIHANNA

Pelantun lagu Kiss It Better itu memiliki aset sebanyak AS$2.08 bilion (RM8.97 bilion), sekali gus menjadikan dirinya salah seorang bintang pop terkaya di dunia.
Majoriti hasil kekayaan daripada produk kecantikannya iaitu Fenty Beauty yang merupakan antara jenama pilihan ramai kaum wanita di seluruh dunia.

CELINE DION

Biarpun teruji masalah kesihatan, semua itu tidak menghalang pelantun lagu All By Myself iaitu Celine Dion mengumpul kekayaan dan aset.
Dianggarkan jumlah kekayaan Celine kini mencecah AS$550 juta (RM2 bilion) yang kebanyakannya datang daripada keuntungan konsert residensi Las Vegas yang mendapat sambutan hebat peminat.

TAYLOR SWIFT

Penyanyi pop dan komposer tersohor Amerika Syarikat (AS), Taylor Swift tersenarai sebagai Billionaire Dunia Forbes, lapor agensi.
Bintang pop berusia 34 tahun itu menjadi selebriti pertama dalam sejarah mencapai nilai bersih AS$1 bilion (RM4.75 bilion) melalui karya muzik atau persembahan. Kekayaan Swift tahun ini meningkat kepada angka AS$1.6 bilion (RM6.9 bilion).

MADONNA

Madonna merupakan antara pemuzik yang sangat berjaya dari segi konsert jelajah dunia. Dianggarkan keuntungan Madonna hasil daripada konsert jelajah lebih daripada AS$1.6 bilion. Dengan itu, kekayaan Madonna buat masa sekarang juga mencapai status bilionair dengan nilai AS$850 juta (RM3.6 bilion) setakat Mei 2024.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI