fbpx

Budak lelaki cedera jatuh tingkat 6 pangsapuri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PARIT – Seorang kanak-kanak lelaki enam tahun parah selepas terjatuh dari tingkat enam sebuah pangsapuri di Seri Iskandar, kelmarin.

Ketua Polis Daerah Perak Tengah, Superintenden Hafezul Helmi Hamzah berkata, maklumat kejadian itu diterima pihak polis pada pukul 10.50 malam.

Katanya, kejadian berlaku ketika mangsa tinggal di rumah itu bersama kakak dan adik perempuan masing-masing berusia 12 dan dua tahun.

“Ketika kejadian, ibu kanak-kanak itu tiada di rumah kerana berada di tempat kerja. Mangsa dipercayai terjatuh semasa memanjat balkoni rumah untuk bermain bersama rakan-rakan,” katanya di sini, hari ini.

Menurut beliau, mangsa yang cedera dihantar ke Hospital Changkat Melintang untuk rawatan sebelum dipindahkan ke Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) di Ipoh bagi pemeriksaan lanjut.

Katanya, mangsa yang kini dirawat di wad Unit Rawatan Rapi Pediatrik (PICU) dilaporkan dalam keadaan stabil.

“Orang ramai diminta tampil membantu siasatan dengan menghubungi pegawai penyiasat kes, Inspektor Muhammad Aminuddin Haiqal Mohamed Masnani di talian 019-6751267,” ujar beliau. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI