fbpx

Belanjawan 2025: Tiada lagi projek mega, fokus projek kepentingan rakyat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PETALING JAYA – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan tiada lagi projek mega akan dibangunkan ketika ini ekoran kerajaan ingin memberi fokus kepada pembangunan rakyat.

Katanya, pembangunan negara akan menumpukan kepada projek-projek berkepentingan rakyat serta kemudahan yang menyokong kawasan perindustrian mengikut keutamaan negeri.

“Contohnya, di Perak melibatkan Taman Perindustrian Hijau Bersepadu Kerian sebagai hab hijau berteknologi tinggi pertama di Asia Tenggara yang diterajui oleh SD Guthrie dan Permodalan Nasional Berhad.

“Selain itu, di Pahang melibatkan Projek Tebatan Banjir Berkeutamaan Tinggi melibatkan sungai-sungai di Pahang, di Johor seperti Projek pelebaran Lebuh Raya Utara-Selatan daripada empat kepada enam lorong Fasa 3 dari Simpang Renggam ke Machap.

“Projek Rapid Transit System Link Johor-Singapura yang dijangka beroperasi pada 2027 serta beberapa projek lain di Kelantan, Melaka, Perlis, Selangor, Kedah, Kuala Lumpur, Negeri Sembilan, Pulau Pinang dan Terengganu,” katanya.

Beliau berkata demikian pada pembentangan Belanjawan 2025 di Parlimen, Kuala Lumpur hari ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI