fbpx

Wanita tular mengamuk, enggan alih kenderaan disiasat polis

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar video tular wanita mengamuk selepas enggan mengalihkan kenderaan di Stesen Minyak Hillpark Saujana Utama, Sungai Buloh, hari ini.

SUNGAI BULOH – Polis menyiasat video tular tindakan seorang wanita membuat kecoh selepas enggan mengalihkan kenderaan dalam kejadian di Stesen Minyak Hillpark Saujana Utama, di sini, hari ini.

Ketua Polis Daerah Sungai Buloh, Superintenden Mohd Hafiz Muhammad Nor berkata, pihaknya menerima laporan kejadian itu pada pukul 11.36 malam, semalam.

Katanya, seorang lelaki berusia 24 tahun bekerja sebagai penyelia stesen minyak memaklumkan, kejadian tersebut berlaku pada pukul 7.50 petang.

“Wanita tersebut tiba di lokasi menaiki sebuah kereta sebelum meletakkannya di belakang kenderaan lain. Tindakan itu menyebabkan kenderaan lain gagal untuk keluar.

“Pada masa sama, pelanggan lain di lokasi meminta wanita tersebut mengalihkan kenderaanya namun dimarahi,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Jelas beliau, ekoran itu berlaku kekecohan antara wanita tersebut dengan pelanggan stesen minyak.

“Wanita tersebut bertindak menyerang pelanggan dengan menggunakan sebatang buluh tetapi berjaya dihalang orang awam,” katanya.

Jelasnya, satu kertas siasatan dibuka di bawah Seksyen 506 Kanun Keseksaan dan Seksyen 14 Akta Kesalahan Kecil 1955.-KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI