fbpx

Kesiagaan armada fokus utama Panglima Tentera Laut ke-19

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Zulhelmy ketika menyampaikan amanat sempena Perutusan Ulung Panglima Tentera Laut ke-19 di Auditorium Wisma Pertahanan, hari ini. Foto oleh MUHAMAD IQBAL ROSLI/KOSMO!

KUALA LUMPUR – Kesiagaan armada Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) menjadi fokus utama dalam empat teras yang digariskan Panglima Tentera Laut ke-19, Laksamana Datuk Zulhelmy Ithnain.

Zulhelmy berkata, semua tumpuan akan dijuruskan untuk melaksanakan pengurusan dan senggaraan armada secara komprehensif dan terancang.

Menurutnya, mengambil kira cabaran jumlah aset sedia ada berbanding tuntutan operasi semasa, hanya dengan tahap kesiagaan yang tinggi sahaja membolehkan TLDM mencapai sasaran penugasan dengan sepenuhnya.

“Kesiagaan armada adalah nadi kepada kejayaan operasi TLDM, manakala keupayaan armada dalam bertindak balas dengan efisien terhadap sebarang ancaman di laut merupakan faktor penentu dalam menjaga kedaulatan dan kepentingan maritim negara,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Perutusan Ulung di Auditorium Wisma Pertahanan, Jalan Padang Tembak, di sini hari ini.

Zulhelmy berkata, aspek penyelenggaraan kapal-kapal TLDM juga perlu diberi perhatian serius dalam usaha memastikan kesiagaan armada berada pada tahap tertinggi.

“Penyelenggaraan berjadual yang diamalkan bukan hanya satu keperluan tetapi suatu keutamaan yang perlu dipantau dari semasa ke semasa.

“Saya berharap agar warga TLDM tidak bertolak ansur dalam hal ini dan setiap masalah teknikal walaupun kecil perlu ditangani dengan segera,” jelasnya.

Bagaimanapun, Zulhelmy mengakui terdapat kekangan daripada segi peruntukan, namun menegaskan bahawa ia tidak boleh dilihat sebagai kata putus.

“Sebaliknya, saya harap ada pendekatan baru dan berhemah yang lebih kreatif serta inovatif dapat diwujudkan agar objektif teras ini dapat dicapai sepenuhnya,” katanya.

Sementara itu, katanya, teras kedua adalah memperkasa penjajaran Pelan Tranformasi TLDM 15to5 manakala teras ketiga memfokuskan pengukuhan integrasi sinergi antara angkatan dan ‘jointness’.

Tambah Zulhelmy, terus seterusnya memberi tumpuan terhadap pemerkasaan pengurusan sumber manusia bagi menjamin kekuatan dan keberkesanan TLDM.

Zulhelmy dilantik sebagai Panglima Tentera Laut ke-19 bagi menggantikan Laksamana Tan Sri Abdul Rahman Ayob pada Pada 23 September lalu. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI