fbpx

Bayern perlu kembali menang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
BAYERN gagal meraih kemenangan dalam tiga perlawanan terakhir menyebabkan aksi menentang Stuttgart cukup penting untuk mempertahankan kedudukan di puncak liga. - AFP

MUNICH – Bayern Munich yang kini dibimbing oleh Vincent Kompany berada di bawah tekanan setelah menunjukkan prestasi kurang meyakinkan dalam beberapa minggu kebelakangan ini selepas tewas kepada Aston Villa dalam Liga Juara-Juara dan seri dua kali berturut-turut dalam aksi Bundesliga.

Selepas melalui tiga perlawanan tanpa kemenangan dalam semua pertandingan dan kegagalan meraih tiga mata dalam pertemuan menentang VfB Stuttgart tengah malam ini berpotensi menggugat kedudukan mereka di puncak liga.

Meskipun berjaya menjaringkan 20 gol dalam enam perlawanan, masalah ketidakstabilan di bahagian pertahanan menjejaskan peluang untuk mengekalkan momentum kemenangan.

Dalam perlawanan terakhir Bundesliga, Bayern bangkit daripada ketinggalan 1-2 menentang Eintracht Frankfurt untuk akur dengan keputusan seri 3-3 selepas pasukan lawan meledak gol penyamaan pada masa kecederaan sekali gus menimbulkan persoalan mengenai ketahanan mental para pemain.

Presiden Bayern Munich, Herbert Hainer tetap memberikan sokongan penuh kepada Kompany dan menyatakan keyakinannya terhadap gaya permainan yang diterapkan oleh jurulatih baharu itu.

“Kami sangat gembira dengan Kompany kerana beliau membawa gaya bola sepak yang menarik. Malangnya, kami belum memenangi beberapa perlawanan penting, tetapi saya percaya kemenangan akan datang,” kata Hainer.

Biarpun berdepan cabaran sukar, Bayern masih berada di puncak Bundesliga dengan 14 mata, hanya mengatasi RB Leipzig menerusi perbezaan gol.

RB Leipzig juga dijangka memberi cabaran hebat apabila mereka menentang Mainz 05 minggu ini, manakala Bayer Leverkusen akan berdepan Eintracht Frankfurt dalam pertembungan yang juga berpotensi mengubah kedudukan teratas liga. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI