fbpx

NCT Alliance aktif pupuk minat orang muda ceburi sukan badminton

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sebahagian daripada kanak-kanak bergambar bersama pengurusan, kakitangan NCT Alliance, Duta NCT Alliance dan pemain beregu lelaki badminton kebangsaan Malaysia yang terkenal, Man Wei Chong serta Tee Kai Wun di Putrajaya baru-baru ini.

PETALING JAYA- NCT Alliance Berhad (NCT Alliance) telah menyumbang RM3,000 untuk menyokong kerja berterusan Rumah Kanak-kanak House of Joy dan turut menganjurkan aktiviti bermain  badminton untuk meninggalkan pengalaman menarik bagi kanak-kanak di situ.

Lebih menceriakan kanak-kanak di rumah kebajian itu juga adalah penampilan Duta NCT Alliance dan pemain beregu lelaki badminton negara, Man Wei Chong dan Tee Kai Wun bagi menawarkan peluang kepada peserta muda  bergaul dan belajar daripada atlet terkenal itu dalam suasana santai.

Inisiatif tanggungjawab sosial korporat (CSR) ini telah menghimpunkan 30 peserta, termasuk kanak-kanak berumur 12 hingga 17 tahun daripada kakitangan House of Joy dan NCT Alliance.

Ketua Pegawai Operasi NCT Alliance, Chau Chun Hoo berkata, acara ini mencerminkan komitmen syarikat untuk mendidik kehidupan yang aktif dan bergaya hidup sihat terutamanya dalam golongan muda.

“Saya amat gembira dapat melihat kegirangan kanak-kanak ini yang dapat meluangkan masa bersama dua pemain badminton negara yang terkenal dan juga berpengalaman itu,” katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan di sini baru-baru ini.

Sementara itu, Pengerusi Eksekutif dan Pengarah Urusan NCT Alliance turut meluahkan rasa teruja kerana dapat menyediakan peluang yang boleh memberi inspirasi kepada golongan belia yang bersemangat tinggi dalam sukan, terutamanya sukan badminton.

“Diharapkan, peluang untuk berjumpa dan bergaul dengan pemain beregu hebat ini dapat memberi semangat dan inspirasi kepada kanak-kanak ini untuk mengejar impian mereka dengan bersungguh-sungguh.

“Aktiviti CSR ini juga sejajar dengan visi kecemerlangan syarikat dalam membangunkan projek sambil mengekalkan komitmen yang kukuh terhadap tanggungjawab sosial,” jelasnya.

Selain itu, NCT Alliance telah menganjurkan program Road to Junior Badminton Championship sulungnya dengan kerjasama Kelab Badminton Petaling, menampilkan pemain badminton negara yang sama sebagai duta pada awal tahun ini.

Katanya, inisiatif berterusan ini adalah bertujuan untuk memupuk bakat muda dan memupuk semangat untuk bersukan. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI