fbpx

Cukai jualan, perkhidmatan SST progresif berkuat kuasa 1 Mei 2025

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PETALING JAYA – Peluasan skop Cukai Jualan dan Cukai Perkhidmatan (SST) secara progresif akan dilaksanakan mulai 1 Mei 2025.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim bagaimanapun berkata, cukai jualan tidak akan dikenakan ke atas barangan makanan asas yang digunakan oleh rakyat.

“Ia hanya akan dikenakan ke atas barangan bukan keperluan asas seperti barang premium yang diimport seperti ikan salmon dan avocado,” katanya.

Beliau berkata demikian pada pembentangan Belanjawan 2025 di Parlimen, Kuala Lumpur, hari ini.

Bagi skop cukai perkhidmatan, Anwar berkata, ia akan diperluas meliputi perkhidmatan komersial antaranya perniagaan seperti perkhidmatan kewangan berasaskan fi.

“Kerajaan akan melaksanakan sesi libat urus dengan pihak berkepentingan sebelum memuktamadkan kadar cukai yang dikenakan.

“Sebahagian hasil akan dimanfaat untuk menambah baik bantuan tunai kepada rakyat selain meningkatkan kualiti perkhidmatan pendidikan dan kesihatan,” jelasnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI