fbpx

Ketahanan luar biasa, HONOR X9b pilihan rakyat Malaysia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
HONOR X9b memenangi gelaran telefon pintar terlaris nombor satu di Malaysia untuk 2024.

PETALING JAYA – Telefon pintar, HONOR X9b yang diperbaharui dengan ketahanan luar biasa menjadi pilihan rakyat Malaysia.

HONOR X9b konsisten menduduki carta jualan selama beberapa bulan, menjadi model telefon pintar terlaris di Malaysia dengan harga bermula dari RM1,200 dan ke atas.

Reka bentuknya yang estatik dengan gaya terkini serta menampilkan pilihan warna menarik membuatkannya lebih menonjol.

HONOR X9b menjadi model telefon pintar terlaris di Malaysia pada 2024.

Siri HONOR X bukan sahaja memulakan pergerakan perintis dalam pasaran telefon pintar yang menekankan tahan lasak tetapi juga yang pertama mempamerkan ciri tersebut.

HONOR X9b menampilkan Paparan Anti-jatuh Melantun Ultra HONOR yang boleh menyerap sehingga 1.2 kali ganda kesan kejatuhan.

Model itu juga boleh tahan jatuh sehingga ketinggian 1.5 meter dan ‘ultra-tahan’ pada semua 10 sisi telefon.

Dengan ketahanan yang luar biasa, skrin HONOR X9b 5G menyerupai perisai yang sukar ditembusi oleh peluru.

DNA teras siri HONOR X adalah tahan lasak dan setiap generasi siri X mempamerkan inovasi dan penambahbaikan yang ketara, terus memacu perkembangan dan transformasi industri.

Menyingkap kembali perjalanan Siri HONOR X, Anti-jatuh 1.0 yang pertama kali diperkenalkan dengan HONOR X9a, memimpin dalam aspek tahan jatuh dengan skrin melengkung yang keras.

Anti-jatuh 2.0 kemudian diperkenalkan dengan HONOR X9b, menetapkan piawaian baru dalam tahan jatuh dan tahan lasak.

HONOR X9c bakal dilancarkan tidak lama lagi.

Kini, HONOR Malaysia akan memperkenal Anti-jatuh 3.0 menerusi HONOR X9c dengan ketahanan lebih kukuh yang bakal dilancarkan tidak lama lagi.  – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI