fbpx

3 ditahan, tayang pistol ditegur merokok di medan selera

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar video tular seorang individu menunjukkan pistol mengamuk menunjukkan objek menyerupai pistol dalam kejadian di sebuah medan selera, Puchong, Serdang, Ahad lalu.

SERDANG – Polis menahan tiga individu disyaki terbabit dengan insiden video tular lelaki mengamuk menunjukkan objek menyerupai pistol dalam kejadian di sebuah medan selera, Puchong, di sini.

Ketua Polis Daerah Serdang, Asisten Komisioner AA Anbalagan berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kejadian itu pada pukul 10 malam semalam.

Katanya, kejadian pada Ahad lalu itu berlaku selepas mangsa menegur seorang lelaki yang merokok di kawasan medan selera.

“Kemudian berlaku salah faham antara mangsa dan lelaki tersebut. Secara tiba-tiba lelaki itu mengacu objek menyerupai pistol ke arah perut mangsa sebelum beredar.

“Pengadu kemudian membuat laporan bagi tujuan keselamatan diri dan keluarga,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Menurut beliau, tangkapan dibuat ke atas dua lelaki tempatan dan seorang wanita pemegang kad permastautin tetap.

“Semakan mendapati salah seorang suspek itu mempunyai rekod dadah. Kita merampas objek menyerupai pistol berwarna hitam, satu kelopak dan dua butir peluru (bebola putih),” ujarnya.

Jelas Anbalagan, satu kertas siasatan dibuka di bawah Seksyen 506 Kanun Keseksaan dan Seksyen 36 Akta Senjata Api, 1960.

“Orang ramai dinasihatkan agar tidak membuat sebarang kenyataan yang boleh menimbulkan kegusaran awam.

“Jika mempunyai maklumat berhubung kejadian sila hadir ke balai polis berhampiran atau hubungi Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Serdang di talian 03-8074 2222 bagi membantu siasatan,” katanya.

Sebelum ini tular sebuah video berdurasi 26 saat memaparkan seorang lelaki menunjukkan objek dipercayai pistol dalam satu insiden pertengkaran. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI