fbpx

Sultan Ibrahim imbas kenangan ibadah haji

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sultan Ibrahim dan Raja Zarith Sofiah sewaktu menunaikan ibadah haji pada tahun 1985.

PETALING JAYA – Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim berkongsi gambar kenangan lama sewaktu menunaikan ibadah haji bersama Raja Permaisuri Agong, Raja Zarith Sofiah pada tahun 1985.

Gambar tersebut dimuat naik pada Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar, hari ini.

“Keberangkatan Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim dan Raja Permaisuri Agong, Raja Zarith Sofiah ke Tanah Suci Mekah bagi menunaikan ibadah haji pada tahun 1985.

“Sultan Ibrahim ketika itu bergelar Pemangku Sultan Johor, sewaktu Almarhum Sultan Iskandar menjadi Yang di-Pertuan Agong Ke-8.

“Turut berangkat mengiringi bersama di antara Seri Paduka Baginda berdua di dalam gambar ini, Tunku Besar Zabedah Almarhum Sultan Iskandar,” menurut hantaran ringkas tersebut. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI