fbpx

Lelaki bunuh jiran ditahan, keluar sembunyi sebab lapar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

KENINGAU – Suspek warga Filipina yang menetak jirannya hingga maut di Kampung Lingkudau, di sini, 19 September lalu ditahan selepas dipercayai keluar dari tempat persembunyiannya kerana lapar.

Lelaki yang berusia 43 tahun berkenaan ditahan sepasukan polis Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Keningau di kawasan semak berhampiran kilang terbiar di Kampung Kauran, pukul 9 malam Rabu lalu.

Ketua Polis Daerah Keningau, Superintendan Yampil Anak Garai berkata, pihaknya menerima maklumat awam, risikan serta intipan selama beberapa hari.

Katanya, suspek yang dikesan bersembunyi di lokasi berkenaan cuba melarikan diri apabila menyedari kehadiran polis.

“Suspek yang bersembunyi di kawasan semak di kilang itu ditahan tanpa pergelutan mahupun kecederaan terhadap suspek dan seterusnya dibawa ke IPD Keningau bagi siasatan lanjut,” katanya dalam kenyataan.

Beliau berkata, suspek mengaku menetak mangsa 58 tahun pada 19 September lalu kerana berang dengan mangsa yang bertindak membantu isterinya membuat laporan polis.

“Suspek kemudian melarikan diri ke dalam hutan di Jalan Tenom dan keluar pada 15 Oktober lalu kerana kelaparan,’ katanya.

Jelasnya, suspek direman selama tujuh hari untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Pada 20 September lalu, media melaporkan isteri suspek lari ke rumah jirannya sebelum dibawa ke Balai Polis Keningau di sini selepas bertengkar dengan pasangannya.

Suspek menetak tangan jirannya hingga maut sambil disaksikan anak mereka yang berusia tujuh tahun. Mangsa disahkan maut akibat pendarahan teruk. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI