fbpx

Air pasang besar: Limpahan berlaku di kawasan baharu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anggota Skuad Pantas MPKL menjaga keadaan laluan jalan raya di hadapan Istana Bahagia, Banting.

KUALA LANGAT – Fenomena air pasang besar di pesisir pantai di Daerah Kuala Langat pagi ini menyebabkan beberapa kawasan yang tidak pernah dilimpahi air turut terkesan.

Menurut Pengarah Korporat Majlis Perbandaran Kuala Langat (MPKL), Hashila Hamzah, kawasan baharu yang dinaiki air kali ini adalah simpang masuk laluan ban Kampung Tongkah menuju ke Pantai Kelanang dan parkir kenderaan di Pantai Cunang.

“Hasil pemantauan empat anggota Skuad Pantas di Pantai Cunang, berlaku limpahan air di parkir kenderaan yang mana sebelum ini tidak pernah berlaku semasa air pasang besar.

“Laluan masuk ke tapak perkhemahan juga digenangi air,”katanya ketika ditemui hari ini.

Hashila berkata, pemantauan Skuad Pantas bermula pukul 5 pagi hingga pukul 9 pagi mendapati air mula melimpah pada pukul 6.17 pagi dan mencatat paras air tertinggi 5.8 meter berbanding semalam setinggi 5.7 meter.

Bagaimanapun, tiada limpahan air dari Pantai Morib dan Pantai Baru Morib. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI