fbpx

Legenda EPL meriahkan Ekspo Golf Johor

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
KEHADIRAN Sharpe bakal mewarnai JGE 2024 yang julung kali diadakan.

KUALA LUMPUR – Bekas pemain Manchester United, Lee Sharpe bakal melakukan penampilan istimewa pada Ekspo Golf Johor (JGE) 2024 yang dijadualkan berlangsung hari ini.

Sharpe, 53, yang merupakan legenda Liga Perdana Inggeris (EPL) bakal mengetuai Cabaran Hole-in-One di Kelab Golf Senibong, Johor Bahru sempena penganjuran sulung JGE.

Beliau yang menggantung but pada 2003 pernah memenangi pelbagai kejuaraan ketika bergelar pemain termasuk tiga kejuaraan EPL serta dua Piala FA dan satu Piala Liga bersama United.

Sebaik meninggalkan arena bola sepak, beliau beralih ke lapangan golf dan mula bermain secara profesional selain mula menyertai kejohanan pada 2021.

“Penampilan Lee Sharpe di JGE 2024 dibawakan oleh World Football Legends sebagai sebahagian daripada usaha Champions Golf dan Kumpulan Prasarana Rakyat Johor Sdn Bhd (KPRJ) mempromosikan golf kepada peminat di rantau ini.

“Dengan misi untuk memberi inspirasi kepada pemain muda dan mengukuhkan komuniti golf di Malaysia, JGE 2024 menjanjikan acara yang penuh dengan aksi serta menarik untuk semua,” kata JGE 2024 menerusi satu kenyataan.

Menerusi pelbagai aktiviti yang diatur, peminat turut berpeluang untuk bersemuka dengan legenda bola sepak itu menerusi beberapa acara seperti Sesi Soal Jawab Eksklusif dan ‘Meet & Greet’.

“Ini adalah peluang terbaik untuk peminat bertemu dengan salah seorang figura bola sepak terkenal yang turut mencipta nama dalam sukan golf dunia,” ujar kenyataan itu. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI