fbpx

Suami jadi suri rumah tangga kahwin 4

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Watanabe (tengah) bersama empat isterinya. - X

TOKYO – Seorang lelaki di Jepun mengundang perhatian ramai kerana mempunyai empat isteri dan dua teman wanita dalam satu masa, lapor portal berita South China Morning Post semalam. 

Ryuta Watanabe, 36, berhasrat untuk memiliki seramai 54 orang anak.

Menurut Watanabe, dia tidak bekerja selama 10 tahun dan hidup di bawah tanggungan isteri-isteri dan dua kekasihnya. 

“Saya mengambil peranan seperti memasak, membuat kerja rumah dan menjaga anak-anak.

“Perbelanjaan isi rumah yang mencecah 914,000 yen (RM26,300) sebulan dibahagikan antara semua isteri dan teman wanita saya,” kata Watanabe. 

Watanabe bertemu dengan kekasihnya melalui media sosial, manakala isteri-isterinya diiktiraf sebagai pasangan hidup tanpa pendaftaran rasmi. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI