fbpx

MDX 2024 bakal ubah landskap digital negara

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Norazlin Hassan

PETALING JAYA – Perbada­nan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC) menyasarkan 3,000 peserta hadir pada Persidangan Malaysia Digital Xceleration (MDX) 2024 yang akan berlangsung selama dua hari bermula 24 Oktober ini.

Ketua Komunikasi Korporat MDEC, Norazlin Hassan berkata, persidangan yang akan diadakan di Pusat Pameran dan Dagangan Antarabangsa Malaysia (MITEC) di sini, bakal me­nemukan pelbagai wakil syarikat, perusahaan, profesional, pemain dalam bidang digital dari dalam dan luar negara.

Menurut beliau, anjuran bersama Synapze Sdn Bhd sebagai rakan strategik itu juga
di­jangka mengubah landskap digital negara dengan menampilkan teknologi terkini yang membentuk kehidupan, pekerjaan dan cara interaksi masyarakat kini.

“Kami akan memfokuskan kepada lima teras utama yang dapat memajukan ekonomi di­gital tempatan iaitu Data Trust, Next Gen Computing, Computer Vision, Metaverse dan Digital Twins.

“Persidangan ini juga akan membincangkan tentang kemampuan teknologi terkini dalam memperkukuhkan kedudukan negara dalam era digital melalui sesi ucaptama, perbincangan panel pakar dan pameran yang interaktif,” katanya pada sidang akhbar MDX 2024 di sini kelmarin.

Norazlin menerangkan, persidangan kali kedua dianjurkan itu menyasarkan usaha bagi mempercepatkan misi negara untuk menjadi kuasa digital global, sekali gus membuka ­ruang dalam persaingan landskap digital yang semakin kompetitif.

“Sebagai pemangkin inovasi, kami akan menawarkan peserta dengan informasi dan peluang untuk berhubung dengan inovator-inovator lain serta menye­diakan inspirasi untuk membina ekonomi yang bersedia menghadapi cabaran masa depan melalui MDX 2024 ini,” katanya.

Sementara itu, Pengarah Synapze, Andrew Tai berkata, pihaknya berbesar hati menjadi rakan kerjasama MDEC dalam menjayakan persidangan ini.

“Kami adalah rakan pelaksana projek MDX 2024 yang bertanggungjawab menyelia dan menguruskan pelbagai aspek termasuk perancangan dan perjalanan acara,” ujarnya. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI