KEJAYAAN dan impak lakonan aktor Kim Soo-hyun menerusi drama It’s Okay To Not Be Okay masih lagi menjadi bualan hangat peminat K-pop.
Terbaharu, aktor berusia 33 tahun itu dikhabarkan disunting gergasi penstriman Netflix untuk membintangi siri thriller berjudul Finger.
Bagaimanapun, dalam satu kenyataan yang dikeluarkan agensinya, Soo-hyun memberi kata putus, menolak tawaran tersebut.
“Kim Soo-hyun kini sedang meneliti beberapa tawaran lain sebagai projek susulannya,” tulis agensinya.
Finger digambarkan sebagai sebuah drama mirip American Psycho yang memerlukan hero membawa watak sebagai seorang pembunuh sociopat yang langsung tidak mempunyai hati dan perasaan.