fbpx

Serum dilengkapi teknologi pudar bintik hitam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Menerusi Cell Power Technology Wardah, serum ini mampu menyerap jauh ke dalam kulit.

MEMILIKI kulit cerah, berseri dan bebas bintik hitam sememangnya menjadi impian setiap individu, terutamanya wanita.

Bahkan, ramai yang sanggup berhabis wang ringgit untuk menjalani pelbagai rawatan seperti laser bagi mendapatkan kulit wajah sempurna.

Namun, kecanggihan teknologi dalam rangkaian produk kecantikan ketika ini membolehkan masalah kulit diselesaikan dengan lebih mudah.

Jenama penjagaan kulit dan kecantikan popular, Wardah baru-baru ini telah melancarkan Wardah Radiant Charge Serum iaitu serum wajah yang mampu menghilangkan bintik hitam pada kulit.

Menerusi Cell Power Technology Wardah, serum diformulasikan dengan kombinasi 10 peratus vitamin C dan asid ferulik itu mampu menembusi lapisan kulit lebih dalam secara berkesan.

Ia seterusnya mampu merawat dan memudarkan bintik hitam yang tidak mampu dilihat dengan mata kasar.

Manakala formulasi vitamin C yang unggul pula mampu menyegar dan mengembalikan seri pada kulit wajah.

WARDAH Radiant Charge Serum dijual pada harga RM41.50 sebotol.

Wakil Wardah, Aishah Jailani berkata, serum tersebut membuktikan komitmen berterusan jenama itu dalam menghasilkan rangkaian produk inovatif kepada pengguna.

“Di Wardah, komitmen kami adalah untuk memberikan rangkaian produk penjagaan kulit yang bukan sahaja inovatif, malah menunjukkan keberkesanan tinggi.

“Wardah Radiant Charge Serum dengan 10 peratus vitamin C dan asid ferulik merupakan hasil daripada penyelidikan dan pembangunan berterusan Wardah.

“Ia mampu memberikan penyelesaian terbaik kepada pengguna yang mahukan kulit lebih cerah, sihat dan berseri,” katanya.

Aishah menambah, sebagai jenama yang memperjuangkan sains dan teknologi, Wardah telah mencapai satu kejayaan dalam penjagaan kulit dengan memperkenalkan serum berkenaan.

ANTARA produk penjagaan kulit Wardah yang terdapat di pasaran.

Berbeza dengan serum vitamin C lain yang tidak meresap sehingga ke lapisan dalam dan mungkin memberikan iritasi pada kulit, Wardah Radiant Charge Serum diperbuat daripada vitamin C lebih stabil.

“Kombinasi vitamin C bersama asid ferulik menjadikan serum ini mampu meresap jauh ke dalam lapisan kulit.

“Ia juga mampu memberikan kesan maksimum dalam setiap titisan tanpa menyebabkan iritasi,” katanya.

Serum itu bukan sekadar memperbaiki tona kulit, bahkan mampu membantu membina semula struktur kulit yang sihat dan merangsang pertumbuhan sel-sel baharu.

Menurut kajian klinikal yang dibuat oleh Wardah terhadap 39 pengguna, 92 peratus daripada mereka memberitahu bahawa kulit mereka menjadi lebih cerah.

Sekitar 28.7 peratus melaporkan pengurangan bintik hitam di lapisan bawah kulit, manakala 18.4 peratus pula memaklumkan, bintik hitam yang jelas kelihatan, pudar selepas 29 hari.

Aishah turut memaklumkan, penutup botol dengan mekanisme pam tanpa udara adalah untuk mengelakkan produk terdedah kepada udara dan cahaya.

“Teknologi penutup botolnya adalah untuk memastikan setiap titisan serum ini sentiasa segar dan memberikan keberkesanan maksimum,” katanya.

Serum itu dijual pada harga RM41.50 sebotol dan boleh didapati di rangkaian Watson dan Guardian seluruh Malaysia.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI