fbpx

Kenapa buat acara tepi landasan kereta api?

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar menunjukkan sekumpulan jemaah berdiri di tepi landasan. - TikTok

JAKARTA – Sebuah video tular di media sosial Indonesia memaparkan detik acara sambutan Maulidur Rasul berlangsung di tepi landasan kereta api, lapor portal berita Tribunnews semalam. 

Kejadian berlaku di Pekalongan, wilayah Jawa Timur.

Menerusi rakaman yang dimuat naik di platform TikTok oleh akaun @akunsholawatan.1, sekumpulan peserta dilihat berkumpul di antara landasan ketika menghadiri acara ‘Maulid Akbar Kanzus Selawat’. 

Lebih mengejutkan adalah apabila jarak antara mereka dengan kereta api yang bergerak laju hanya beberapa jengkal. 

Bahkan, ada di antara mereka yang selamba duduk di tepi landasan tanpa menghiraukan keselamatan diri. 

Rakaman itu mencatatkan lebih 20,300 tontonan dan menimbulkan pelbagai reaksi. 

“Kenapa tak halang? Mencegah itu lebih baik!” marah seorang netizen. 

“Memang tidak ada lokasi atau tempat yang lebih baik?” sindir pengguna media sosial lain. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI