fbpx

Dua wanita terima darjah kebesaran kerana lahir 13 anak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Aktres Korea Selatan, Nam Bo-ra yang merupakan anak kepada salah seorang penerima pingat. - Yonhap News

SEOUL – Dua wanita di Korea Selatan diberi penghormatan oleh Kementerian Kesihatan dan Kebajikan Korea kerana masing-masing melahirkan seramai 13 anak, lapor akhbar The Independent semalam. 

Penganugerahan itu dibuat ketika Korea Selatan bergelut dengan kadar kelahiran yang merosot secara mendadak. 

Eom Gye-suk, 60, dianugerahkan Pingat Seongnyu, gred kelima Darjah Kebesaran Sivil bagi individu yang menyumbang kepada negara dengan pencapaian cemerlang dalam politik, ekonomi, masyarakat, pendidikan atau akademik.

Dia melahirkan lima anak lelaki dan lapan anak perempuan antara 1986 dan 2007.

“Selepas saya hamil dan melahirkan anak lebih 20 tahun, terdapat beberapa cabaran tetapi terima kasih kepada anak-anak saya yang telah membesar dengan baik.  

“Saya rasa saya mempunyai lebih banyak detik gembira daripada yang lain,” kata Gye-suk.

Penerima lain bernama Lee Yeong-mi, 59, menerima Pingat Merit Awam selepas melahirkan 13 anak dari usia 23 hingga 44 tahun. 

Pada Mei lalu, Presiden Korea Selatan, Yoon Suk-yeol mengumumkan bahawa rancangan kerajaan untuk menubuhkan sebuah kementerian bagi menangani kadar kelahiran negara yang menjunam atau dipanggil sebagai ‘kecemasan negara’. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI