fbpx

Cadang tubuh bank digital wanita pertama di dunia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SERI KEMBANGAN – Syarikat pegangan pelaburan, CNAsia Corporation Bhd. (CNAsia) menandatangani memorandum persefahaman (MoU) dengan Intcys Sdn. Bhd. (Intcys) bagi menubuhkan sebuah bank digital wanita yang mungkin pertama seumpamanya di dunia.

Salah satu inisiatif Intcys adalah penubuhan Women Empo­wering Women (MyWEW), sebuah perusahaan sosial yang menyasarkan kepada pemerkasaan wanita, terutama­nya dalam sektor ekonomi.

Penubuhan Bank Digital MyWEW berhasrat untuk menyediakan kemudahan perbankan digital yang memfokuskan kepada golongan wanita dengan penyediaan kemudahan perbankan termasuk deposit, pemindahan dan pembiayaan.

Penasihat MyWEW yang juga merupakan Ahli Parlimen Pengerang, Datuk Seri Azalina Othman Said berkata, kerjasama itu bertujuan untuk me­nubuhkan sebuah bank digital wanita yang dioperasikan oleh wanita untuk wanita.

“Saya berharap Bank Negara Malaysia (BNM) akan mempertimbangkan permohonan penubuhan bank ini.

“Sebagai penasihat, saya berpandangan barisan pengarah dan kakitangan bank ini sepatutnya adalah daripada golongan wanita.

“Wanita secara asasnya me­rupakan pembayar pinjaman yang baik dan peratusan wanita yang jatuh bankrap adalah lebih sedikit berbanding lelaki.

“Diharap pihak bank ini dapat menyediakan pembiayaan mikro untuk memperkasakan ramai u­sahawan wanita kecil dan golongan B40 yang kurang mendapat akses pembiayaan,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas majlis menandatangani MoU yang disempurnakan Pe­ngarah Eksekutif CNAsia, Chang Chee Ching dan Pengarah Intcys, Wan Nurliyana Abdul Rahman di ibu pejabat CNAsia di sini semalam.

Selain itu, Wan Nurliyana menjelaskan, penubuhan khusus untuk wanita bukan satu perkara baharu kerana ia telah diwujudkan di negara seperti Sweden, India dan Bangladesh.

Namun sebuah bank digital wanita masih belum dibangunkan lagi.

“Kami akan menghantar permohonan kepada BNM sebelum akhir Jun ini.

“Kami masih dalam peringkat perbincangan dan berharap ia dapat dimuktamadkan dalam tempoh enam bulan ini,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI