fbpx

Tunjuk langit pun boleh pecah rekod dunia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SERAMAI 507 orang menuding jari ke langit di Mito. - Foto The Mainichi

TOKYO – Seramai 507 individu menuding jari ke arah langit di Mito, wilayah Ibaraki Ahad lalu sekali gus memecah Guinness World Records sebagai jumlah teramai yang berbuat demikian secara serentak, lapor akhbar The Mainichi kelmarin.

Aktiviti itu adalah sebahagian daripada acara kebudayaan Miyabi Sennin Kimono.

Dalam usaha mencipta rekod itu, para peserta yang memakai kimono, yukata dan pakaian musim panas jinbei berkumpul di laluan pejalan kaki susur keluar selatan stesen kereta api JR Mito.

Mereka kemudian menunjuk ke langit secara serentak selama 30 saat.

Apabila juri Guinness World Records mengumumkan bahawa rekod itu berjaya dicipta, para peserta bersorak dan bertepuk tangan.

Seorang pelajar dari Tokyo, Naoka Sawa, 11, berkata: “Saya rasa seronok dapat berkumpul dan melakukan gaya yang sama. Saya gembira kerana dapat menceritakan kepada rakan-rakan tentang pencapaian rekod ini.” – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI