fbpx

Jurulatih Turkiye masuk senarai buruan Man. United

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MONTELLA

MANCHESTER – Manchester United membuat kejutan apabila dilaporkan menyenaraikan Vincenzo Montella dalam senarai individu yang berpotensi untuk menggantikan pengurusnya ketika ini, Erik Ten Hag.

Menurut Ajansspor, media Turkiye itu mendakwa The Red Devils menilai Montella, 50, berdasarkan prestasi memberangsangkannya mengemudi skuad antarabangsa Turkiye sejak 21 September 2023.

Bekas penyerang AS Roma dan Itali itu mempunyai 52.94 peratus kemenangan apabila menang sembilan kali, seri tiga dan lima kekalahan daripada 17 perlawanan kompetitif bersama Turkiye.

Keupayaannya mengemudi Turkiye mara ke suku akhir Kejohanan Euro 2024 sebelum tewas kepada 1-2 kepada Belanda juga dikatakan antara sebab yang menarik minat United terhadap dirinya.

Bagaimanapun, ramai pemerhati bola sepak tidak merasakan Montella sebagai calon sesuai memandangkan beliau pernah memiliki rekod buruk ketika mengendalikan pasukan kelab terutamanya dalam saingan Serie A.

Sebagai contoh, Montella merekodkan dua pencapaian terburuk dalam kariernya ketika mengendalikan Sampdoria dari 15 November 2015 hingga 28 Jun 2016 dan Fiorentina (10 April 2019-21 Disember 2019) apabila mencatat 22.22 peratus kemenangan.

Ratio itu menyebabkan Montella dianggap salah seorang jurulatih terburuk dalam sejarah bola sepak dunia apabila berada di kedudukan ketujuh daripada senarai 10 pengurus.

Selepas dipecat Fiorentina, Montella melatih Adana Demirspor selama dua musim bermula 1 September 2021 yang menyaksikan namanya kembali pulih sehingga mendapat kepercayaan untuk melatih Turkiye dua tahun kemudian. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI