fbpx

Perancis haramkan Israel buka ‘booth’ di pameran pertahanan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Macron (tengah) kerap mengkritik kekejaman Israel ke atas rakyat Gaza dan Lebanon. - X

PARIS – Delegasi Israel yang mengambil bahagian dalam pertunjukan pertahanan Euronaval di Perancis pada bulan depan dihalang untuk mendirikan sebarang reruai (booth) atau mempamerkan peralatan pameran berikutan keputusan kerajaan Perancis, lapor portal berita Arab News semalam.

Keputusan itu dibuat ketika ketegangan semakin memuncak antara Israel dan Perancis berikutan kenyataan Presiden Emmanuel Macron yang mengkritik kematian orang awam dalam kempen Israel menentang pejuang Hezbollah di Lebanon dan Hamas di Semenanjung Gaza.

Pada minggu lalu, Macron menegaskan bahawa Perancis akan menghentikan eksport senjata yang digunakan oleh Israel dalam kedua-dua operasi, sebagai satu-satunya cara untuk menghentikan konflik.

“Kerajaan Perancis memaklumkan kepada Euronaval mengenai keputusannya untuk meluluskan penyertaan delegasi Israel di Euronaval 2024, namun tanpa sebarang reruai atau peralatan pameran,” kata penganjur pertunjukan itu.

Acara tersebut dijadualkan bermula pada 4 November depan di Paris.

Euronaval merupakan acara dwitahunan yang melibatkan penyertaan pameran pertahanan tentera laut dari seluruh dunia.

Ia berkata, sebanyak tujuh syarikat Israel terkesan dengan keputusan itu.

“Selaras dengan keputusan kerajaan, syarikat dan warga Israel yang ingin menghadiri pertunjukan itu akan dialu-alukan tetapi mengikut syarat yang telah ditetapkan,” tambahnya.

Mei lalu, kehadiran pengeluar pertahanan Israel di pameran Eurosatory iaitu pameran pertahanan dan keselamatan darat turut diharamkan oleh kerajaan sebelum akhirnya dibenarkan oleh mahkamah Perancis. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI