fbpx

Kesiapsiagaan Belanjawan 2025 berjalan rapi – Anwar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anwar ketika membuat tinjauan persiapan Belanjawan 2025 di pejabat Kementerian Kewangan hari ini. - Foto Facebook Anwar

PUTRAJAYA – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyifatkan kesiapsiagaan bagi pembentangan Belanjawan Madani ketiga 2025 esok berjalan rapi.

Perkara berkenaan dimaklum Anwar ketika membuat tinjauan di pejabat Kementerian Kewangan hari ini.

“Kendatipun sibuk merangka belanjawan yang terangkum dan penuh teliti ini, saya gembira melihat keterujaan pasukan belanjawan dan turut bergambar bersama mereka.

“Usai mengambil gambar-gambar kenangan, saya menandatangani dokumen-dokumen berkaitan Belanjawan 2025 yang akan dibentangkan esok di Dewan Rakyat,” katanya dalam hantaran di aplikasi Facebook hari ini.

Jelasnya, beliau mengucapkan terima kasih kepada warga kerajaan serta semua pihak terlibat yang telah memerah keringat dan memberi cadangan bernas untuk menjayakan Belanjawan 2025.

“Insya-Allah, belanjawan ini akan memacu lagi pertumbuhan ekonomi dan memberi keadilan kepada rakyat terbanyak,” ujarnya.

Anwar sebelum ini dilaporkan berkata Belanjawan 2025 disasarkan untuk meningkatkan taraf hidup rakyat dan memajukan pembangunan negara.

Perdana Menteri akan membentangkan Belanjawan 2025 di Parlimen pada pukul 4 petang esok. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI