fbpx

Banjir: Penduduk Kuala Nal hampir habis bekalan makanan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Jalan utama yang menghubungkan penduduk kampung ke Bandar Kuala Krai kini sudah ditutup kepada semua kenderaan.

KUALA KRAI – Lebih 100 keluarga di Kampung Kuala Nal, di sini terperangkap selepas kampung mereka dinaiki air sejak malam semalam.

Lebih menyedihkan mereka akan terpaksa bergelap pada malam ini kerana Tenaga Nasional Berhad (TNB) sudah memotong bekalan elektrik di kampung berkenaan sejak pukul 2 petang tadi.

Menurut seorang penduduk, yang mahu dikenali sebagai Muhammad, 30, sejak kampung itu ditenggelami air semalam, hanya pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM) datang meninjau keadaan pagi tadi.

Hampir semua rumah penduduk di Kuala Nal di naiki air antara 0.5 meter hingga lebih 1 meter.

Jelasnya, ketika ini lebih 20 keluarga sudah ditempatkan di PPS Sekolah Kebangsaan Kuala Nal, manakala penduduk lain sudah berpindah ke tingkat atas rumah masing-masing.

“Apa yang kami bimbangkan sekarang ini adalah bekalan makanan kerana ada penduduk yang sudah mula kekurangan bekalan.

“Kampung ini ibarat pulau, terkepung dengan banjir bekalan makanan di semua kedai runcit sekitar kampung berdekatan sudah habis,” katanya ketika dihubungi Kosmo! di sini hari ini.

Tambah Muhammad, jalan untuk penduduk kampung ke bandar Kuala Krai juga sudah tidak boleh dilalui iaitu di melalui Kampung Bedal dan Bukit Sireh.

“Kedua-dua laluan ini turut dinaiki air ketika ini lebih satu meter dan telah ditutup kepada kenderaan.

“Kami berharap agar ada bantuan daripada agensi seperti Jabatan Kebajikan Masyarakat atau Angkatan Pertahanan Awam atau agensi lain datang meninjau kampung ini,” jelasnya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI