fbpx

Skandal lombong pasir: SPRM sahkan geledah enam premis, jumpa RM600,000

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Azam (duduk dua dari kiri) pada Persidangan Meja Bulat bersama bank-bank komersial di Kuala Lumpur hari ini. - Foto oleh M.FIRDAUS M.JOHARI / KOSMO!

KUALA LUMPUR – Sejumlah wang tunai RM600,000 ditemukan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di sebuah premis dipercayai mempunyai kaitan dengan ahli politik berpengaruh semalam.

Penggeledahan itu dilakukan SPRM bagi tindakan susulan membabitkan Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI) berkaitan konsesi perlombongan pasir dilakukan syarikat cabang pelaburan negeri itu.

Mengesahkan perkara itu, Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki berkata, wang tersebut ditemukan di sebuah kediaman daripada enam premis yang digeledah SPRM.

“Seperti anda tahu ada enam premis telah digeledah SPRM dan antara penemuan adalah penyitaan wang sebanyak RM600,000 dipercayai mempunyai kaitan dengan ahli politik.

“Wang tersebut ditemukan di sebuah kediaman di Lembah Klang,” katanya ketika pemberita selepas Persidangan Meja Bulat KP SPRM bersama Bank-bank Komersial di sebuah hotel, di sini hari ini.

Mengulas lanjut, Azam berkata, pihaknya telah mendapat perintah reman selama enam hari terhadap seorang lagi individu berusia 45 tahun yang juga merupakan bekas Ketua Pegawai Operasi (COO) MBI.

Jelas beliau, suspek sebelum ini pernah ditahan reman selama sehari oleh SPRM sebelum ini.

“Suspek sebelum ini kita tahan bersama seorang lagi suspek, namun dia (suspek) direman sehari.

“Pagi ini kita telah mendapat permohonan reman selama tujuh hari terhadap COO MBI bagi membantu siasatan,” ujarnya.

Ketika ditanya sama ada terdapat premis yang digeledah dimiliki suspek, Azam berkata, hampir kesemua premis merupakan kediaman bukan milik suspek.

“Hampir semua itu rumah bukan milik suspek dan ada rumah sewa dan sebagainya,” katanya.

Media semalam melaporkan, SPRM menggeledah enam lagi premis berhubung siasatan skandal rasuah perlombongan pasir yang dikaitkan dengan MBI.

Bagaimanapun, tidak didedahkan hasil penemuan penggeledahan di enam premis berkenaan yang membabitkan sebuah kediaman dan lima unit pejabat di sekitar Lembah Klang itu. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI